TUHAN ORANG KRISTIAN PUN DIBUNUH YAHUDI
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad
Orang Kristian percaya bahawa Jesus Christ (Isa (A.S.)) telah disalib, dalam bahasa mudah, dibunuh. Oleh siapa? Tidak lain melainkan Yahudi. Pada 325 A.D. perwakilan gereja-gereja, di Council of Nicaea, kini di Turkiye, mengundi dengan mengangkat tangan bahawa Jesus Christ adalah Tuhan. Kesannya, orang Kristian telah menjadikan orang Yahudi lebih hebat daripada Tuhan orang Kristian yang boleh dibunuh oleh orang Yahudi.
Sebaliknya, umat Islam, yang mempercayai apa yang dikatakan oleh Al-Quran, tidak percaya akan keaiban terhadap Tuhan orang Kristian itu, tetapi terus menghormati Isa (A.S.) sebagai salah seorang Rasul Allah (S.W.T.) bersama-sama dengan semua Rasul Allah yang lain, daripada Adam (A.S.) hingga kepada Muhammad (S.A.W.), termasuk Rasul-Rasul orang Yahudi, sama ada Yakub (A.S), Yusuf (A.S.), Daud (A.S), Sulaiman (A.S), Musa (A.S) atau Harun (A.S. ), sekadar menyebut nama yang disebut dalam Al-Quran. "Kami tidak membezakan antara mereka" - Quran. Sebenarnya, seseorang itu bukanlah seorang Muslim jika dia tidak beriman dengan semua Rasul Allah (S.W.T.).
Jadi, umat Islamlah yang terus menghormati Tuhan orang Kristian yang, menurut orang Kristian, telah dibunuh oleh orang Yahudi.
Sungguh ironi bahawa pemimpin Kristian kini membantu orang Yahudi untuk membunuh orang Islam. Adakah mereka begitu takut kepada orang Yahudi yang boleh membunuh Tuhan mereka? Netanyahu nampaknya tahu perkara ini. Maka, dia tidak menghiraukan langsung seruan pemimpin-pemimpin kuasa dunia Kristian itu.
Orang Islam terus dibunuh dan diseksa. Tetapi, umat Islam mempunyai iman yang lebih kuat. Umat Islam percaya bahawa nubuatan (prophecy) kedua seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, Surah 17 (Al-Israa atau Bani Israel), Ayat 4 hingga 7 belum berlaku, dan pasti akan berlaku. Al-Quran mengatakan:
“4. Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
5. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
6. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” - https://www.surah.my
Umat Islam percaya bahawa, dengan kehendak Allah (S.W.T.), suatu hari Isa (A.S.) akan kembali, membersihkan agamanya daripada penyelewengan, berganding bahu dengan umat Islam, memimpin mereka mencapai kemenangan ke atas orang-orang kafir dan menubuhkan kerajaan yang adil di dunia ini hingga Hari Kiamat. Kita mungkin tidak hidup cukup lama untuk melihatnya berlaku.
Tetapi, ada satu perkara yang kita boleh lihat jika kita mahu berfikir. Saya telah perhatikan ia perlaku sudah berpuluh tahun. Setiap kali Amerika Syarikat menyarang negara orang Islam, baik Afghanistan, Iraq dan lain-lain, ia dilanda ribut taufan.
Kali ini taufan Helena melanda nageri-negeri di Selatan negara itu. Mengikut berita, 130 orang disahkaan mati. Bilangannya dijangka bertambah sebab banyak lagi yang hilang. Di Nasheville sahaja lebih kurang 600 orang masih hilang. Di North Carolina sebanyak 2,900 panggilan diterima mengatakan ahli keluarga yang hilang. Kita juga terbaca berita 600,000 bungkus makanan masak (meals) dihantar ke suatu kawasan bencana. World Central Kitchen, yang dibom oleh Israel ketika cuba menghantar makanan kepada penduduk Gaza, telah menyerah 64,000 bungkus makanan kepada mangsa taufan itu. Bekas Presiden Trump juga berkata beliau telah menghantar truck makanan (tidak tahu berapa banyak) ke kawasan terlibat.
Kita tidak tahu berapa banyak orang yang kehilangan tempat tinggal mereka. Adakah mereka terpaksa tinggal di khemah-khemah, mengharapkan pemberian makanan untuk mengalas perut? Adakah sekolah, gereja, dan hospital juga musnah seperti di Gaza? Nampaknya banyak yang serupa.
Kita tidak tahu sama ada kerosakan yang disebabkan oleh ribut taufan dan banjir dalam masa beberapa hari itu lebih besar dan lebih teruk daripada kerosakan di Gaza akibat serangan Yahudi dengan menggunakan senjata yang dibuat dan dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian Barat itu. Tetapi, melihat kepada gambar sampah sarap yang meliputi Tasik Lure sahaja, pengeboman Israel tidak dapat menyebabkan bencana sehebat itu.
Ini adalah bahan untuk kita berfikir, jika kita mahu berfikir. Orang yang tidak beriman akan berkata itu adalah kebetulan. Bagi orang yang beriman tidak ada kebetulan, semuanya ditentukan oleh Allah Ta’ala. Titisan air di langit berkumpul dengan banyaknya, angin bertiup dengan kuat ke satu arah di Amerika Syarikat pada tarikh dan masa yang sama, sampai di tempat yang ditujukan (seolah-olah air itu tahu sendiri), air itu pun gugurlah dengan banyaknya hingga menyebabkan banjir yang amat besar disertai ribut taufan yang memusnahka segala yang ada di atas muka bumi. Semua itu berlaku dengan sendirinya?
Tidak mengapa manusia angkuh tidak mahu memikirkan apa yang dilakukan oleh Allah Ta’ala untuk mereka berfikir, walaupun mereka diberi akal dan fikiran. Banyak manusia yang angkuh, banyak empayar yang gagah telah lenyap ditelan bumi. Adakah manusia “paling bertamadun” dan “paling cerdik” dalam sejarah manusia akan menunggu hingga mereka dibangkitkan semula baharu hendak mempercayainya? Itu sudah terlambat, kata Al-Qur’an.
Sebaik sahaja saya mengemaskini rencana ini setakat ini, isteri saya masuk ke bilik saya memberi tahu sebuah kilang kimia di Georgia, Amerika Syarikat terbakar menyebabkan 90,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. Tidak diketahui mereka juga terpaksa tinggal di khemah-khemah dan mengharapkan makanan yang diberikan untuk mengalas perut? Nampaknya, sekali lagi kejadian ini menyerupai apa yang berlaku di Gaza.
Dan, hanya beberapa minit yang lalu, saya ternampak satu berita:
“Taufan Milton semakin rancak dalam laluannya ke arah Florida – berkemungkinan mencapai kuasa Kategori 4 – dan mungkin mencetuskan pemindahan terbesar dalam tempoh tujuh tahun dan ia menghala ke arah Pantai Teluk dan Tampa di negeri itu.
"Ribut itu, yang melanda Teluk Mexico selatan, berpotensi menyebabkan kerosakan berbilion-bilion dolar dan menambahkan lebih banyak kesengsaraan di wilayah yang masih dilanda Taufan Helene kurang dua minggu lalu." (Terjemahan saya.)
Tidakkah semua kejadian itu menyebabkan para pemimpin politik di Amerika Syarikat dan Barat itu terfikir bahawa ia adalah petanda dari Allah (S.W.T.) mengenai apa yang mereka lakukan terhadap orang Palestin?
Saya tidak mengharapkan sesuatu daripada orang Yahudi. Mereka telah mengkorapkan The Old Testaments dengan memasukkan cerita Nabi Noh (A.S.) seorang pemabuk, Nabi Lut (A.S.) berzina dengan dua orang anak perempuannya, Nabi Ya’akub (A.S.), moyang Yahudi mengalahkan Allah Ta’ala dalam pertandingan gusti; mereka membunuh Nabi-Nabi yang dihantar kepada mereka; berkali-kali mereka mengingkari perintah Nabi Musa (A.S) termasuk dengan menyembah anak lembu, malah seperti yang diceritakan oleh Al-Quran, berkali-kali mereka mengingkari perjanjian mereka dengan Allah (S.W,T.).
Hari ini, mereka tidak menghiraukan seruan pemimpin-dunia, perintah Mahkamah Keadilan Jenayah Antarabangsa, resolusi Majlis Keselamatan dan Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Tiada siapa mampu menghalang atau melarang mereka. Setiap hari mereka semakin bongkak.
Umat Islam percaya janji Allah pasti berlaku.
29 09 2024 (dikemaskini pada 02 10 2024 dan 07 10 2024).
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
https://tunabdulhamid.me